Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGHADIRI MESYUARAT-MESYUARAT DAN BENGKEL ASEAN MENGENAI (I) THE SPECIAL MEETING OF THE AUTOMOTIVE PRODUCT WORKING GROUP (APWG); (II) THE SPECIAL MEETING OF THE TASK FORCE FOR MRA ON TYPE APPROVAL OF AUTOMOTIVE PRODUCTS (TFMRA);

​Khamis, 10 September 2020- Negara Brunei Darussalam telah menghadiri (i) The Special Meeting of the Automotive Product Working Group (APWG); (ii) the Special Meeting of the Task Force for MRA on Type Approval of Automotive Products (TFMRA); dan (iii) EU-ASEAN Business Council (EU-ABC) Automotive Workshop, pada 7 – 9 September 2020 yang diadakan melalui aplikasi persidangan video conference.  

2. Mesyuarat tiga (3) hari di atas telah didahului oleh EU-ABC Automotive Workshop pada 07 September 2020 dan telah dipengerusikan bersama oleh EU-ABC dan Kementerian Pengangkutan Malaysia, diikuti dengan the Special Meeting of the TFMRA pada 08 September 2020 yang dipengerusikan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, dan kemudiannya the Special Meeting of the APWG pada 09 September 2020 yang telah dipengerusikan oleh Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam. Sementara itu, delegasi Negara Brunei Darussalam di mesyuarat-mesyuarat dan bengkel berkenaan telah diketuai oleh Pegawai Kanan daripada Jabatan Pengangkutan Darat dan turut disertai oleh pegawai-pegawai lain daripada JPD, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 
 
3. Mesyuarat-mesyuarat tersebut di atas merupakan perjumpaan tahunan ASEAN bagi membincangkan langkah-langkah sokongan dasar serta hala-tuju berkenaan dengan produk automotif di rantau ini. Antara perkara-perkara yang dibincangkan di mesyuarat-mesyuarat dan bengkel berkenaan adalah seperti berikut: 
 
1) 9 Negara-Negara Ahli ASEAN telah mendapat kuasa penuh bagi menandatangani ASEAN Mutual Recogintion Agreement on Type Approval of Automotive Products (APMRA) secara ad-referendum. Apabila APMRA ini telah dikuatkuasakan, produk-produk automotif yang telah disahkan (certified) oleh Technical Services yang telah dikenalpsti oleh NegaraNegara Ahli ASEAN, tidak perlu melalui pengesahan semula oleh Negara-Negara Ahli ASEAN yang mengimport produk-produk berkenaan;  
 
2) Perlaksanaan APMRA berkenaan antaranya status pengesahan serta Pelan Hala Tuju 19 produk automotif (komponen dan sistem) mengikut United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) Regulations United Nation (UN) yang akan dilaksanakan secara berfasa, penubuhan ASEAN Automotive Committee (AAC) dan garipanduan bagi perlaksanaan APMRA tersebut; dan 3) Kerjasama dengan Rakan-Rakan Dialog ASEAN antaranya mengenai perkembangan dalam piawaian, peraturan dan pensijilan produk automotif, Intelligent Transport System (ITS) dan perkembangan kenderaan elektrik. 

Disediakan oleh: 
Jabatan Pengangkutan Darat 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
9 September 2020 

APWG3.jpg
Attachments